Kemahiran dalam komunikasi sangat penting kepada staf terutamanya apabila berhadapan dengan pimpinan atasan, rakan sekerja, klien dan berinteraksi dengan orang sekeliling .
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal peserta terutama apabila berhadapan dengan orang sekeliling bagi memastikan komunikasi lebih berkesan .
Rizal Rashid merupakan jurulatih bertauliah daripada Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Badan Nasional Sertifikasi Profesi (BNSP) Indonesia.
Beliau merupakan pengamal NLP di bawah National Federation NLP dan Neuro Semantic NLP serta telah melatih lebih 50,000 professional, usahawan dan business owner dalam meningkatkan kualiti komunikasi supaya menjadi lebih berpengaruh.
Beliau merupakan anak Malaysia pertama bermentorkan juara dunia Public Speaking 2014, Mr Dananjaya J Hettiarachchi. Selain sering dijemput untuk berkongsi kepakaran dalam komunikasi berpengaruh di TV 1, TV Alhijrah, dan Radio Ikim, beliau juga pernah ditemubual di stesen TV Filipina (Chinnoy TV) dan OneFM Filipina.
Beliau adalah founder bagi seminar komunikasi terbesar di Malaysia iaitu Seminar Now Everyone Can Speak yang membariskan ramai speaker speaker berpengaruh seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Dananjaya J Hettiarachchi ( Sri Lanka ), Mitch Carson ( USA ), Harith Iskander, Ustaz Don Daniyal dan ramai lagi.
Selain CEO Neuronworks International Sdn Bhd, beliau juga merupakan Co-Founder MDC Asia Link Berhad dan juga merupakan penasihat kepada Safwa Berhad
Jika perlukan bantuan atau sebarang soalan. Boleh terus berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami.
© BYOND Training Solution Sdn Bhd (1497877-V) Copyright 2023. All Rights Reserved.
87-3, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, W.P. Kuala Lumpur
www.mysyarikat.academy