Reputasi sesebuah organisasi yang menawarkan servis mahupun produk amat bergantung kepada imej serta cara kakitangannya mengurus pelanggan.
Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang adalah satu strategi yang bermula dengan membina pandangan pertama yang positif, dikuti dengan cara berkomunikasi serta penampilan yang profesional dan berkarisma.
Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan untuk para kakitangan menjadi bijak dan cekap dalam membina hubungan yang berkekalan dengan cara mengamalkan sikap yang profesional dalam setiap urusan walaupun berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan.
Kursus yang interaktif ini bertujuan memantapkan imej, gaya komunikasi dan etiket pegawai ketika berurusan dengan pelanggan.
Setiap peserta akan mempelajari strategi berpenampilan, bertutur dan tatacara berurusan berdasarkan situasi yang berbeza secara praktikal agar boleh diamalkan terus sebaik sahaja kembali bertugas.
Objektif program ini dapat menerangkan kesan penampilan profesional terhadap kualiti kerja dan masa depan syarikat serta menghayati tanggungjawab dalam menjaga imej diri agar dapat dinilai dengan lebih baik oleh setiap individu yang berurusan.
Dalam program ini peserta dapat mengurus penampilan diri agar kelihatan sesuai dengan pelbagai keadaan dan menambah baik etiket yang menjadi amalan ketika bekerja dan berurusan dengan pelanggan.
Puan Mary, seorang guru imej yang tidak asing lagi, beliau mempunyai pengikut (followers) lebih 200,000 di Facebook dan sering menjadi rujukan utama oleh individu dan organisasi yang mahu mendalami ilmu imej, komunikasi dan etiket.
Kredibiliti beliau turut menjadi faktor beliau kerap diundang berkongsi di media seperti Astro, RTM, TV3, TV Alhijrah, Harian Metro dan lain-lain.
Beliau telah menceburkan diri sepenuh masa selama 13 tahun dalam bidang penyediaan modul, penganjuran kursus dan latihan berkaitan imej, komunikasi dan etiket melalui syarikat Training Cube International Sdn. Bhd. ( TCISB).
Pernah berkhidmat dalam bidang insurans dan perbankan, beliau pernah diberikan tanggungjawab mengurus dan melatih para kakitangan, barisan pegawai khidmat pelanggan dan para pegawai insurans seluruh Malaysia yang berjumlah hampir 17,000 orang. Beliau juga pernah terlibat dalam proses pemilihan, pengambilan dan pengurusan stat serta pemegang biasiswa sepanjang karier beliau dalam pembangunan sumber manusia.
Klien beliau terdiri daripada syarikat-syarikat korporat serta swasta, rangkaian hotel, kerajaan dan agensi-agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi, di dalam dan di luar negara.
Puan Mary menerima pentauliahan dan latihan intensif sebagai:
Selain menulis buku, Puan Mary juga mengasaskan sebuah channel Youtube yang bernama “glowwe” yang memfokuskan kepada ilmu penjagaan kulit (skincare).
Channel Youtube ini kini mempunyai hampir 300,000 subscribers dengan jumlah tontonan melebihi 12 juta. Channel Youtube ini juga telah menerima anugerah Silver Creator Award daripada Youtube.
Dengan kekuatan media sosial dan kepakaran beliau, Puan Mary juga telah diundang untuk bekerjasama dengan jenama terkenal dari seluruh dunia seperti:
dan banyak lagi.
Jika perlukan bantuan atau sebarang soalan. Boleh terus berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami.
© BYOND Training Solution Sdn Bhd (1497877-V) Copyright 2024. All Rights Reserved.
87-3, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, W.P. Kuala Lumpur
www.mysyarikat.academy