Akta Kerja 1955 - Implementasi Di Dalam Pengurusan Sumber Manusia

Pengenalan

AKTA KERJA 1955 adalah akta yang wajib diketahui oleh majikan dan pekerja di dalam sesebuah syarikat atau organisasi swasta. Bermula dengan pengambilan pekerja hinggalah mengakhiri kontrak pekerjaan, Akta Kerja 1955 adalah berkaitan dan relevan secara keseluruhan di dalam pengurusan sumber manusia.
Pada masa yang sama pengurusan sumber manusia perlu ditingkatkan penyampaiannya sejajar dengan kehendak pemegang taruh pada masa kini.
Di dalam membina hubungan diantara majikan dan pekerja melalui kontrak perkhidmatan, kadangkala akan berlaku konflik atau pertikaian. Dengan mengetahui Akta Kerja 1955 secara mendalam ianya akan membantu menyelesaikan konflik dengan berkesan dan berobjektif.
Pengurusan Sumber Manusia yang terkini dan terbaik akan dapat membantu majikan untuk mengambil, mengurus dan mengekalkan warga kerja dengan baik. Kepuasan bekerja dan kewujudan suasana kerja yang kondusif dan harmoni boleh mengujudkan suasana kerja yang digemari oleh warga kerja. Dengan itu, produktiviti dan prestasi kerja boleh dilonjak serta penambahbaikan berterusan dapat dijayakan.

Objektif Program

1. Mengetahui Pengurusan Sumber Manusia dan kaitannya dengan

Akta Kerja 1955.

2. Mengetahui siapakah pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955.

3. Memahami kontrak perkhidmatan dan perkara-perkara yang perlu ada di

dalam kontrak perkhidmatan.

4. Menangani isu-isu utama di dalam pemecahan atau penamatan

kontrak perkhidmatan.

5. Mengetahui sepintas lalu tentang salahlaku dan siasatan dalaman serta

penggantungan kerja.

6. Mendalami hak-hak serta faedah-faedah untuk pekerja wanita.

7. Menghalusi syarat-syarat dan faedah-faedah untuk pekerja yang

dilindungi di bawah Akta Kerja 1955.

8. Memastikan peruntukan berkenaan Upah atau Gaji di laksanakan dengan

sempurna oleh Majikan.

9. Membuat pengiraan bayaran tambahan kepada pekerja kerana bekerja

melebihi had masa yang dipersetujui.

10. Peruntukan-peruntukan utama di dalam Siasatan dan penguatkuasaan

Akta Kerja 1955 oleh Jabatan Tenaga Kerja.

Modul Pembelajaran

MODUL 1: PENGENALAN KEPADA AKTA KERJA 1955 & KAITANNYA DENGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
• Siapa Pekerja Mengikut Akta.
• Kategori Pekerja.
• Jenis-jenis Pekerja.
• Fungsi Pengurusan Sumber Manusia.
MODUL 2: MEMBINA HUBUNGAN & KONTRAK PERKHIDMATAN
• Tawaran dan Penerimaan.
• Definisi Kontrak Perkhidmatan.
• Perbezaan dengan Kontrak untuk Memberikan Perkhidmatan.
• Isi kandungan Kontrak Perkhidmatan.
• Mentadbir Kontrak Perkhidmatan.
MODUL 3: MENJAGA DAN MENGURUS PEMECAHAN KONTRAK PERKHIDMATAN
• Kenapa pekerja berhenti?
• Mengurangkan pemberhentian kerja.
• Mengurus penamatan kontrak.
• Notis Penamatan Kontrak.
• Penamatan tanpa Notis.
• Pengiraan gaji sebagai ganti notis.
MODUL 4: MENGURUS DISIPLIN PEKERJA
• Salahlaku.
• “Due Inquiry”.
• Senarai Hukuman kepada Pekerja yang Bersalah.
• Penggantungan Kerja : (1) Sebagai Hukuman (2) Tujuan Siasatan.
MODUL 5: PENGURUSAN PEKERJA WANITA
• Perlindungan Bersalin.
• Syarat-syarat untuk melayakkan Elaun Bersalin.
• Definisi Bersalin.
• Tarikh memulakan Cuti Bersalin.
• Daftar Bersalin.
MODUL 6: FAEDAH-FAEDAH UNTUK PEKERJA
• Cuti Am.
• Cuti Tahun.
• Cuti Sakit.
• Penghospitalan.
• Faedah-faedah tambahan.
MODUL 7: SYARAT-SYARAT PEKERJAAN
• Waktu Bekerja.
• Bekerja Giliran (Shif).
• Waktu Rehat.
• Hari Rehat.
MODUL 8: UPAH | GAJI
• Definisi upah.
• Syarat-syarat pembayaran upah.
• Pendahuluan upah.
• Pemotongan upah.
• Keutamaan upah.
MODUL 9: PEMBAYARAN TAMBAHAN
• Bekerja lebih masa.
• Bekerja pada hari rehat.
• Bekerja pada hari kelepasan am.
• Formula pembayaran.
• Pembayaran atau Faedah Khas.
MODUL 10: PENGUATKUASAAN JABATAN TENAGA KERJA
• Kuasa Menyiasat.
• Pemeriksaan Dokumen.
• Kesalahan di bawah Akta atau Penalti.
• Mahkamah Tenaga Kerja.
MODUL 11: PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL
• Definisi Gangguan Seksual.
• Polisi Gangguan Seksual.
• Tanggungjawab Majikan.
• Laporan Ke Jabatan Tenaga Kerja.
• Penalti mengikut Akta.

Memperkasa Tenaga Kerja, Meningkatkan Kejayaan Syarikat

Dengan pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan latihan serta ratusan syarikat korporat, swasta dan badan kerajaan, barisan tenaga pengajar kami kini menjadi peneraju dalam membentuk bakat-bakat masa depan dalam pelbagai industri.

30+

Tenaga Pengajar

Fokus kami memberikan pengalaman terbaik.

100+

Program Setahun

Komited menjalankan program berimpak tinggi.

6 Kategori Latihan Direka Khas untuk Revolusi Kemahiran Industri!

Pelbagai program latihan merangkumi 6 kategori yang direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan semasa industri.

Jualan (Sales)
Pemasaran (Marketing)
Kepimpinan (Leadership)
Kewangan (Finance)
Sumber Manusia (Human Resources)
Pentadbiran (Administrative)

Kami Pentingkan Kualiti Pembelajaran Yang Berimpak Tinggi

Setiap program kami direka khusus untuk peningkatan kualiti tenaga kerja di syarikat anda!

Profil Trainer

Mohd Fauzi Nordin berkelulusan Master in Business Administration (MBA), Bachelor In Business Administration (BBA), Diploma in Personnel Management dan Diploma in Public Administration.

Memulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterusnya di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Setelah 3 tahun di dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia.

Berpengalaman bertugas sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah Lebuhraya yang tersibuk di Malaysia yang mempunyai di lebih 200 pekerja dan 30 Penyelia di dalam operasi 24 jam sehari selama hampir 6 tahun.

5 tahun yang terakhir beliau bertugas di Jabatan Sumber Manusia sebagai Ketua Unit yang mengendalikan pelbagai fungsi seperti Latihan untuk pekerja, disiplin, kebajikan pekerja , Keselamatan dan kesihatan pekerja serta terlibat secara langsung dalam membangunkan organisasi di dalam pelbagai aspek dan program. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kumpulan Pentadbiran dan Sumber Manusia di Grand Saga Sdn Bhd.

Apa Kata Mereka Yang Pernah Hadir Program Akta Kerja 1955?

Nak tahu info lanjut program Akta Kerja 1955 yang kami anjurkan?

Sila isi borang di bawah