Komunikasi Berpengaruh Untuk Staf

Pengenalan

Kemahiran dalam komunikasi sangat penting kepada staf terutamanya apabila berhadapan dengan pimpinan atasan, rakan sekerja, klien dan berinteraksi dengan orang sekeliling .
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal peserta terutama apabila berhadapan dengan orang sekeliling bagi memastikan komunikasi lebih berkesan.
Atas dasar itu, kami ambil inisiatif untuk wujudkan program Komunikasi Berpengaruh Untuk Staff ini khas untuk berkongsi formula dan cara yang mudah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi.

Objektif Program

1. Mendalami 3 komponen dan 5 level dalam komunikasi apabila berhadapan dengan pimpinan atasan, rakan sekerja, klien dan orang sekeliling.

2. Menyenarai dan mempraktikkan 12 teknik membina rapport agar audien selesa dengan penyampaian kita.

3. Mengklasifikasikan 4 jenis karekter manusia dan cara menangani dan menyampaikan maklumat kepada keempat-empat jenis karakter pelanggan atau individu.

4. Mengenalpasti 4 langkah mempengaruhi manusia.

Modul Pembelajaran

Modul 1: Asas Komunikasi
• 3 Elemen dalam komunikasi - 5 level komunikasi.
Modul 2: Sains Mempengaruhi
• 4 langkah untuk mempengaruhi manusia (Science of influencing people).
Modul 3: Building Rapport
• 12 Seni membina rapport - Bina kredibiliti untuk mempengaruhi pelanggan atau pemimpin atasan.
Modul 4: Jenis atau Karakter Manusia
• Bezakan 4 jenis pelanggan atau individu.

Memperkasa Tenaga Kerja, Meningkatkan Kejayaan Syarikat

Dengan pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan latihan serta ratusan syarikat korporat, swasta dan badan kerajaan, barisan tenaga pengajar kami kini menjadi peneraju dalam membentuk bakat-bakat masa depan dalam pelbagai industri.

30+

Tenaga Pengajar

Fokus kami memberikan pengalaman terbaik.

100+

Program Setahun

Komited menjalankan program berimpak tinggi.

6 Kategori Latihan Direka Khas untuk Revolusi Kemahiran Industri!

Pelbagai program latihan merangkumi 6 kategori yang direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan semasa industri.

Jualan (Sales)
Pemasaran (Marketing)
Kepimpinan (Leadership)
Kewangan (Finance)
Sumber Manusia (Human Resources)
Pentadbiran (Administrative)

Kami Pentingkan Kualiti Pembelajaran Yang Berimpak Tinggi

Setiap program kami direka khusus untuk peningkatan kuala tenaga kerja di syarikat anda!

Profil Trainer

Rizal Rashid merupakan jurulatih bertauliah daripada Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Badan Nasional Sertifikasi Profesi (BNSP) Indonesia.

Beliau merupakan pengamal NLP di bawah National Federation NLP dan Neuro Semantic NLP serta telah melatih lebih 50,000 professional, usahawan dan business owner dalam meningkatkan kualiti komunikasi supaya menjadi lebih berpengaruh.

Beliau merupakan anak Malaysia pertama bermentorkan juara dunia Public Speaking 2014, Mr Dananjaya J Hettiarachchi. Selain sering dijemput untuk berkongsi kepakaran dalam komunikasi berpengaruh di TV 1, TV Alhijrah, dan Radio Ikim, beliau juga pernah ditemubual di stesen TV Filipina (Chinnoy TV) dan OneFM Filipina.

Beliau adalah founder bagi seminar komunikasi terbesar di Malaysia iaitu Seminar Now Everyone Can Speak yang membariskan ramai speaker speaker berpengaruh seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Dananjaya J Hettiarachchi (Sri Lanka ), Mitch Carson ( USA ), Harith Iskander, Ustaz Don Daniyal dan ramai lagi.

Selain CEO Neuronworks International Sdn Bhd, beliau juga merupakan Co-Founder MDC Asia Link Berhad dan juga merupakan penasihat kepada Safwa Berhad.

Apa Kata Mereka Yang Pernah Hadir Program Komunikasi Berpengaruh Untuk Staf?

Nak tahu info lanjut program Komunikasi Berpengaruh Untuk Staf yang kami anjurkan?

Sila isi borang di bawah