Google adalah sebuah online application yang percuma digunakan bagi tujuan kerja-kerja pejabat. Ia termasuk Google Docs, editor teks, Sheets, Slides dan FormsFail disimpan di dalam Google Drive yang diberikan percuma sebanyak 15GB untuk satu akaun dan boleh dibuka dari mana-mana peranti yang mempunyai akses sambungan internet.
Objektif program ini untuk peserta faham dan kuasai semua fungsi pengurusan data dalam Google. Fungsi ini juga memungkinkan untuk membuat, menyimpan, berkongsi, dan bekerjasama pada fail dengan orang lain di mana-mana sahaja secara masa nyata (realtime). Pengeditan dan semakan dapat dilihat oleh kolaborator dan penonton dalam talian setiap kali menyimpan dibuat berkala secara automatik setiap minit. Tidak perlu lagi untuk menghantar fail tersebut kepada rakan anda untuk menyemak kerana meraka sendiri boleh melihat dan membuat revision pada setiap masa. Dengan Google Docs, semua orang mempunyai akses kepada versi yang sama pada masa yang sama, menjadikannya satu perisian yang sangat berguna serta efisien.
Saya seorang digital database specialist. Saya menyembuhkan sakit kepala dan kekecewaan usahawan dan individu bekerja apabila melihat database perniagaan dan perkerjaan mereka yang tunggang-langgang dengan menggunakan Microsoft Excel dan Aplikasi Google. Kepakaran saya dalam struktur, pengurusan dan komunikasi database yang berfokus pada meningkatkan fungsi database dalam bisnes.
Mula melibatkan diri dalam pengurusan database sejak awal kerjaya saya sebagai Perunding Kualiti dan R&D di salah satu daripada PKS Malaysia pada tahun 2012. Mengetahui pentingnya pengurusan database dalam kemapanan industri di Malaysia, saya telah memutuskan untuk meneruskan ljazah Sarjana di Perancis dalam Teknologi & Pengurusan Makanan Lestari. Selepas tamat pengajian, saya ditawarkan untuk bekerja di sebuah syarikat antarabangsa di Eropah sebagai pegawai penasihat undang-undang makanan di mana saya mula melibatkan lebin banyak pengurusan database, komunikasi dan latihan.
Dengan pengalaman lebih daripada 9 tahun dalam struktur, pengurusan dan komunikasi database, saya telah membantu lebih 1000 usahawan dan pekerja MNC dan SME di dalam Malaysia dan diluar negara. Pencapaian tertinggi saya menghasilkan sistem yang dipakai oleh 3 Kontinen iaitu Eropah, Amerika Utara dan Asia.
Sejak penglibatan saya dalam bidang ini, saya telah membimbing pekerja di Malaysia, Singapura, Perancis, Belgium dan Belanda semasa kerjaya di Eropah dan sejak 2019 saya pulang dan fokus membimbing usahawan dan perkerja di Malaysia dalam pengurusan database.
Jika perlukan bantuan atau sebarang soalan. Boleh terus berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami.
© BYOND Training Solution Sdn Bhd (1497877-V) Copyright 2023. All Rights Reserved.
87-3, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, W.P. Kuala Lumpur
www.mysyarikat.academy