Professional Image For Business - Transformasi Personaliti, Penampilan & Etiket

Pengenalan

Reputasi sesebuah organisasi yang menawarkan servis mahupun produk amat bergantung kepada imej serta cara kakitangannya mengurus pelanggan. Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang adalah satu strategi yang bermula dengan membina pandangan pertama yang positif, dikuti dengan cara berkomunikasi serta penampilan yang profesional dan berkarisma.
Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan untuk para kakitangan menjadi bijak dan cekap dalam membina hubungan yang berkekalan dengan cara mengamalkan sikap yang profesional dalam setiap urusan walaupun berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan.
Kursus yang interaktif ini bertujuan memantapkan imej, gaya komunikasi dan etiket pegawai ketika berurusan dengan pelanggan. Setiap peserta akan mempelajari strategi berpenampilan, bertutur dan tatacara berurusan berdasarkan situasi yang berbeza secara praktikal agar boleh diamalkan terus sebaik sahaja kembali bertugas.

Objektif Program

1. Mengenal Gaya Personaliti Lebih Mendalam.
Peserta akan didedahkan kepada pelbagai jenis gaya personaliti yang membantu memahami cara berfikir dan berkomunikasi yang berbeza, serta bagaimana menyesuaikan pendekatan untuk membina hubungan yang lebih
kuat dalam perniagaan.

2. Menajamkan Teknik Komunikasi dengan Pelanggan.
 Mempertingkatkan keupayaan komunikasi secara efektif dengan pelanggan, mengenalpasti keperluan mereka, dan menyampaikan maklumat dengan lebih jelas serta persuasif bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.

3. Mempelajari Etika Peribadi dalam Perniagaan.
Peserta akan mempelajari asas-asas etika profesional yang penting dalam dunia perniagaan, termasuk tingkah laku, cara berpakaian, dan bagaimana menjaga integriti dalam setiap urusan.

Modul Pembelajaran

Modul 1: Asas Magnet Imej
• Kaitan reputasi bisnes, pelanggan dan imej diri.
• Konsep ABC dalam magnet imej.
• Bagaimana imej dinilai? – Visual, Verbal, Vokal.
• 5 kesalahan imej yang biasa dilakukan dan mudah diperbetulkan.
Modul 2: Kenal Personaliti, Bina Penampilan
• 4 kategori gaya personaliti.
• Ciri-ciri pemakaian profesional berbanding pemakaian kasual.
• Kenal bentuk badan dan rangka badan serta cara ia mempengaruhi pemilihan pakaian.
• Ciri-ciri pakaian - potongan, corak, fabrik dan rekaan.
• Memahami kod pakaian dan pemilihan aksesori.
• Ciri-ciri pemakaian profesional berbanding pemakaian kasual.
• Psikologi warna dan teknik pemilihan warna pakaian.
• Strategi suai padan imej serta mesej bisnes.
Modul 3: Etiket Peribadi Dalam Bisnes
• Etiket duduk dan berdiri.
• Etiket memanggil nama atau gelaran.
• Etiket bersalaman.
• Etiket berkenalan.
• Etiket kad nama.
• Etiket asas di meja makan.
• Etiket berbual-bual, memuji dan mengkritik.
Modul 4: Etiket Semasa Urus Pelanggan
• Berurusan secara bersemuka.
• Berurusan melalui panggilan telefon.
• Berurusan melalui e-mel.
Modul 5: Gaya Komunikasi Persuasif
• Mengesan 4 gaya komunikasi asas.
• Penggunaan gaya komunikasi formal dan tidak formal semasa bertemu pelanggan.
• Bahasa badan, hubungan mata dan ruang peribadi.

Memperkasa Tenaga Kerja, Meningkatkan Kejayaan Syarikat

Dengan pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan latihan serta ratusan syarikat korporat, swasta dan badan kerajaan, barisan tenaga pengajar kami kini menjadi peneraju dalam membentuk bakat-bakat masa depan dalam pelbagai industri.

30+

Tenaga Pengajar

Fokus kami memberikan pengalaman terbaik.

100+

Program Setahun

Komited menjalankan program berimpak tinggi.

6 Kategori Latihan Direka Khas untuk Revolusi Kemahiran Industri!

Pelbagai program latihan merangkumi 6 kategori yang direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan semasa industri.

Jualan (Sales)
Pemasaran (Marketing)
Kepimpinan (Leadership)
Kewangan (Finance)
Sumber Manusia (Human Resources)
Pentadbiran (Administrative)

Kami Pentingkan Kualiti Pembelajaran Yang Berimpak Tinggi

Setiap program kami direka khusus untuk peningkatan kuala tenaga kerja di syarikat anda!

Profil Trainer

Puan Mary, seorang guru imej yang tidak asing lagi, beliau mempunyai pengikut (followers) lebih 200,000 di Facebook dan sering menjadi rujukan utama oleh individu dan organisasi yang mahu mendalami ilmu imej, komunikasi dan etiket. Kredibiliti beliau turut menjadi faktor beliau kerap diundang berkongsi di media seperti Astro, RTM, TV3, TV Alhijrah, Harian Metro dan lain-lain.

Beliau telah menceburkan diri sepenuh masa selama 13 tahun dalam bidang penyediaan modul, penganjuran kursus dan latihan berkaitan imej, komunikasi dan etiket melalui syarikat Training Cube International Sdn. Bhd. (TCISB).

Pernah berkhidmat dalam bidang insurans dan perbankan, beliau pernah diberikan tanggungjawab mengurus dan melatih para kakitangan, barisan pegawai khidmat pelanggan dan para pegawai insurans seluruh Malaysia yang berjumlah hampir 17,000 orang. Beliau juga pernah terlibat dalam proses pemilihan, pengambilan dan pengurusan staf serta pemegang biasiswa sepanjang karier beliau dalam pembangunan sumber manusia.

Selain menulis buku, Puan Mary juga mengasaskan sebuah channel Youtube yang bernama “glowwe" yang memfokuskan kepada ilmu penjagaan kulit (skincare).

Apa Kata Mereka Yang Pernah Hadir Program Professional Image For Business?

Nak tahu info lanjut program Professional Image For Business yang kami anjurkan?

Sila isi borang di bawah