Skill Urus Pekerja - Menangani & Tranformasi Warga Kerja Yang Bermasalah

Pengenalan

Mana-mana organisasi, hampir semua mempunyai kakitangan yang bermasalah. Perbezaannya ialah sesetengah organisasi mempunyai ramai pekerja yang bermasalah dan organisasi-organisasi yang lain mungkin mempunyai beberapa orang sahaja.
Mengikut Teori Kelok Loceng, terdapat antara 5-15% kakitangan yang bermasalah di dalam sesebuah organisasi. Setiap pekerja bermasalah perlu ditransformasikan menjadi Pekerja Cemerlang, jika tidak ianya bagaikan penyakit barah yang akan menular kepada pekerja yang lain.
Ketahuilah cara-cara melakukan transformasi pekerja yang bermasalah menjadi pekerja cemerlang dengan menggunakan pendekatan Neuro Linguistic Programming (NLP) yang merupakan teknik-teknik yang sungguh ampuh dan berkesan.
Kursus ini juga akan memberi penekanan kepada isu-isu utama dan pendekatan strategik untuk membendung dan mengatasi sesuatu masalah tersebut.

Objektif Program

1. Menerangkan konsep dalam menangani kakitangan yang bermasalah.

2. Menyenaraikan kepentingan untuk mengurus kakitangan yang bermasalah kepada organisasi, ketua dan pekerja itu sendiri.

3. Mengaplikasi minda seorang ketua di dalam menangani dan transformasi pekerja bermasalah.

4. Membina dan berkomunikasi tentang prosedur operasi standard di dalam organisasi.

5. Mengetahui punca-punca kakitangan bermasalah dan mengambil tindakan yang sewajarnya serta membendung daripada menular kepada persekitaran pekerja.

6. Mengubah sikap pekerja dengan mengetahui nilai-nilai dan kepercayaan mereka terhadap sesuatu perkara.

7. Menggunakan kaedah yang tepat dan berkesan untuk mengendali dan menangani kakitangan yang bermasalah.

8. Mengawasi dan membina pasukan yang kuat dengan mencipta persefahaman dan mengatasi semua isu serta konflik.

9. Menangani isu-isu utama di dalam mengurus kakitangan seperti kedatangan, ketidakhadiran, cuti sakit, cuti kecemasan dan masalah komunikasi yang tidak berkesan.

10. Mahir menggunakan pendekatan undang-undang di dalam mengatasi pekerja yang bermasalah.

Modul Pembelajaran

Modul 1: Konsep Menangani Kakitangan Bermasalah
• Punca-Punca Pekerja Bermasalah.
• Ambil Pekerja Terbaik.
• Kenapa Perlu Urus Pekerja Bermasalah.
• Halangan - Halangan Untuk Mengatasi Pekerja Bermasalah.
Modul 2: Standard Di Dalam Pekerjaan
• Prosedur Operasi Standard.
• Apa Yang Dibenarkan & Apa Yang Tidak Dibenarkan.
• Proses Untuk Mengambil Tindakan.
• Rekod dan Fail Pembangunan Pekerja.
Modul 3: Punca & Kategori Pekerja Bermasalah
• Pekerja Bermasalah Dengan Pekerja Yang Mempunyai Masalah.
• Masalah Ilmu Pengetahuan, Kemahiran & Sikap.
• Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja.
• Proses Mendidik / Melatih Pekerja.
Modul 4: Mengubah Kelakuan (Sikap) Pekerja
• Formula Mengubah Sikap.
• Apa Itu Nilai.
• Hairaki Nilai.
• Kepercayaan.
• Cara-Cara Menukar Kepercayaan.
Modul 5: Menangani & Transformasi Pekerja - Kaunseling
• Kaunseling Di Tempat Kerja.
• Bila Kaunseling Perlu Dilakukan.
• Enam Langkah Di Dalam Kaunseling.
• Kenapa Kaunseling Gagal.
Modul 6: Menangani & Transformasi Pekerja - Coaching
• Dua Kategori Coaching.
• Permulaan Coaching.
• Model-model Coaching.
• Coaching di Koridor.

Memperkasa Tenaga Kerja, Meningkatkan Kejayaan Syarikat

Dengan pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan latihan serta ratusan syarikat korporat, swasta dan badan kerajaan, barisan tenaga pengajar kami kini menjadi peneraju dalam membentuk bakat-bakat masa depan dalam pelbagai industri.

30+

Tenaga Pengajar

Fokus kami memberikan pengalaman terbaik.

100+

Program Setahun

Komited menjalankan program berimpak tinggi.

6 Kategori Latihan Direka Khas untuk Revolusi Kemahiran Industri!

Pelbagai program latihan merangkumi 6 kategori yang direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan semasa industri.

Jualan (Sales)
Pemasaran (Marketing)
Kepimpinan (Leadership)
Kewangan (Finance)
Sumber Manusia (Human Resources)
Pentadbiran (Administrative)

Kami Pentingkan Kualiti Pembelajaran Yang Berimpak Tinggi

Setiap program kami direka khusus untuk peningkatan kualiti tenaga kerja di syarikat anda!

Profil Trainer

Mohd Fauzi Nordin berkelulusan Master in Business Administration (MBA), Bachelor In Business Administration (BBA), Diploma in Personnel Management dan Diploma in Public Administration.

Memulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterusnya di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Setelah 3 tahun di dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia.

Berpengalaman bertugas sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah Lebuhraya yang tersibuk di Malaysia yang mempunyai di lebih 200 pekerja dan 30 Penyelia di dalam operasi 24 jam sehari selama hampir 6 tahun.

5 tahun yang terakhir beliau bertugas di Jabatan Sumber Manusia sebagai Ketua Unit yang mengendalikan pelbagai fungsi seperti Latihan untuk pekerja, disiplin, kebajikan pekerja , Keselamatan dan kesihatan pekerja serta terlibat secara langsung dalam membangunkan organisasi di dalam pelbagai aspek dan program. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kumpulan Pentadbiran dan Sumber Manusia di Grand Saga Sdn Bhd.

Apa Kata Mereka Yang Pernah Hadir Program Akta Kerja 1955?

Nak tahu info lanjut program Skill Urus Pekerja yang kami anjurkan?

Sila isi borang di bawah